Pendaftaran pertama di Tingkatan 1 tahun 2011 aku bermula di Sek Men Tengku Aris Bendahara (STAB), Kluang, Johor pada 3 Jan 2011. Tiga hari sebelum persekolahan dibuka, aku bersama papa telah pergi ke STAB untuk membeli buku-buku keperluan dan peralatan-peralatan sekolah yang lain. Di STAB, aku ditempatkan di Tingkatan 1 RK yang terletak di bangunan belakang berhampiran padang sekolah. Aku cuma sempat berada di STAB selama dua minggu iaitu mulai 3 Jan hingga 16 Jan 2011. Ini disebabkan kerana permohonan untuk ke MRSM tidak pasti lagi samada aku terpilih atau tidak. Itulah sebabnya aku telah ditempatkan di Sek Tinggi Kluang (STK) sehinggalah aku dipanggil untuk mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, Johor.
Labels: STAB
04:33
Tanggal 8 Nov 2010, adalah hari yang amat bersejarah dan meninggalkan nostalgia dalam hidup ku. Impian dan harapan ku untuk mendapat keputusan 5A di dalam UPSR 2010 telah tercapai. Aku adalah salah seorang daripada 8 orang di dalam Sekolah Kebangsaan Sri Kg Tengah, 86000 Kluang, Johor yang dinobatkan mendapat 5A. Aku sangat gembira ketika itu. Segala penat lelah aku selama ini kini berbaloi. Terima kasih kepada mama (Rostina bt Hj Tumiran) dan papa (Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman) kerana membimbing aku sehingga aku berjaya dalam UPSR 2010 ini. Paling tidak dapat aku lupakan adalah tunjukajar dan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru yang mengajar aku di Sek Keb Sri Kg Tengah, Kluang. Kepada rakan-rakan yang mendoakan kejayaan aku, terima kasih aku ucapkan. Sekali lagi, terima kasih semua...
Labels: Sejarah Mula Terlakar
22:53